Berapa lama proses jualbeli rumah (completion date)?

How long is the sale transaction process?

Proses jualbeli hartanah/rumah adalah bergantung kepada kes itu sendiri. Tetapi standart period adalah tiga (3) campur satu (1) bulan.
Atau dengan kata lain 3+1. Di mana tiga bulan adalah masa tetap yang dihadkan untuk penyempurnaan jualbeli (completion date), dan satu bulan tambahan akan diberikan kepada pihak-pihak untuk penyempurnaan.

Commencement date atau tarikh mula transaksi juga dikira secara berbeza:-

-kes yang mempunyai geran individu (individual title):
jika pajakan / leasehold : 3 bulan dikira dari tarikh peguam memperolehi kelulusan pihak berkuasa;
jika pegangan bebas / freehold: 3 bulan dikira dari tarikh perjanjian disetemkan

-kes yang tiada geran individu iaitu geran masih atas nama pemaju (master title):
3 bulan dikira dari tarikh peguam mendapat surat pengesahan / persetujuan (confirmation) dari pihak pemaju perumahan (developer)

*Sekiranya kes tidak dapat diselesaikan dalam masa 4 bulan maka pembeli perlu meminta kebenaran dari penjual untuk masa tambahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *