Nafkah dan Hadhanah

• Nafkah Orang Islam
• Hadhanah

NAFKAH ORG ISLAM
1. Apa itu nafkah ?
-Belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib atas seseorang untuk membiayainya.Contoh ; tempat tinggal, perubatan, pendidikan dll.
2. Sebab-sebab wajibnya nafkah?
• Perkahwinan
-Suami memberi nafkah kepada isteri termasuklah makan, pakai, tempat tinggal, keselamatan (nafkah zahir) dan nafkah batin.
• Keturunan
-bapa memberi nafkah kepada anak.
-sekiranya bapa tiada, maka ibu yang wajib memberi nafkah kepada anaknya.
-bagi anak luar nikah, ibu yang wajib memberi nafkah kepada anaknya.

3. Sebab-sebab nafkah tidak diberikan
-Apabila si isteri memgingkari suruhan suami atau nusyuz seperti:-
• Apabila isteri menjauhkan dirinya atau enggan disetubuhi oleh suaminya tanpa sebab yang munasabah;
• Apabila isteri meninggalkan rumah suaminya tanpa seba-sebab munasabah;
• Apabila isteri enggan berpindah bersama suaminya ke suatu tempat lain.

4. Bagaimana nak tafsir nafkah isteri dan anak?
-Bergantung kepada keupayaan dan pendapatan suami atau ayah, tetapi mahkamah syariah ada budi bicaranya untuk tafsirkan di mana mahkamah ambil kira faktor-faktor:
• Pendapatan dan keupayaan mencari pendapatan
• Keperluan iseri dan anak
• Umur anak
• Kesihatan anak dan isteri
• Tanggungan suami atau bapa.dll.

5. Bila nafkah tamat atau berhenti diberikan?

• Apabila kematian berlaku sama ada pemberi nafkah atau penerima nafkah;
• Apabila isteri nusyuz;
• Apabila tamat tempoh iddah talaq rajie’e;
• Apabila anak lelaki baligh dan pandai berdikari;
• Apabila anak perempuan telah berkahwin;
• Tetapi berdasarkan keadaan semasa, apabila anak-anak telah tamat pengajian dan mendapat kerja atau boleh berdikari dengan sendirinya;
• Si pemberi nafkah tidak mampu lagi atau hilang upaya kerana sakit yang tidak boleh diubati,dll.

6. Boleh atau tidak boleh nafkah diubah atau dipinda?
BOLEH, apabila terdapatnya perubahan dalam perbelanjaan si penerima nafkah dan si pemberi nafkah.
7. Apakah sebab-sebab nafkah diubah atau dipinda?

• Pendapatan bulanan suami atau bapa berubah;
• Harta yang dimiliki oleh suami atau bapa berubah menjadi sedikit atau bertambah;
• Tanggungan dan hutang piutang suami atau bapa bertambah atau berkurangan;
• Status perbelanjaan;dan
• Bukti-bukti tentang keperluan-keperluan isteri dan anak

HADHANAH
Apa itu hadhanah?
-Hak penjagaan anak yang masih kecil yang tidak boleh menguruskan dirinya sendiri selepas ibu dan bapanya bercerai/berpisah.
Siapa yang berhak dapat hadhanah?
-ibu kepada anak kecil
Tempoh hadhanah bagi ibu?
-Hadhanah berterusan sehingga anak kecil tadi mencapai umur mumaiyiz (dapat membezakan baik dan buruk)
Siapa yang menentukan hadhanah?
-Mahkamah syariah
Bagaimana mahkamah boleh berikan hadhanah?
-Berdasarkan beberapa perkara;-
• Kebajikan anak;
• Kemahiran ibu/bapa dalam menjaga anak
• Keinginan/kemahuan/kecenderungan anak untuk pilih tinggal bersama ibu atau bapa;
• Kesesuaian dan kesempurnaan yang diberikan/ditunjukkan oleh ibu atau bapa;
• Taraf hidup ibu atau bapa-jika ibu bekerja sebagai GRO maka mahkamah akan batalkan hadhanah dan memberikan kepada bapa;
• Sekiranya mahkamah berpendapat bahawa ibu atau bapa tidak sesuai untuk diberikan hadhanah,maka mahkamah boleh beri hadhanah kepada penjaga yang lain yang mana mahkamah fikirkan sesuai.
Apakah syarat-syarat hadhanah?
• Keadaan tempat tinggal dan pendidikan;
• Meletakkan anak di bawah kawalan/jagaan orang lain sebelum hadhanah diberikan kepada orang yang layak.
• Tempoh masa melawat yang diberikan kepada bapa atau ibu yang tidak diberikan hadhanah, mestilah munasabah;
• Mahkamah akan tentukan masa dan berapa kerap kepada ibu atau bapa yang tidak diberikan hadhanah untuk berjumpa anak tersebut.

Syarat-syarat yang membolehkan hadhanah diberikan.
1. Islam;
2. Baligh;
3. Umur yang melayakkan ia memberi anak dibawah jagaan itu kasih sayang dan pendidikan yang sempurna;
4. Kelakuan baik dari segi akhlak dan islamiah;
5. Tempat tinggal yang selamat-bebas dari unsur-unsur ganas atau pengaruh tidak baik yang boleh merosakkan akhlak islamiah anak tersebut.

Apakah sebabnya hadhanah kepada ibu tunggal/gugur?
• Jika ibu berkahwin dengan lelaki lain yang bukan muhrim dengan anaknya;
• Jika ibu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
• Jika ibu menukar permaustautinnya dengan tujuan untuk mencegah bapa melawat anak kecuali ibu membawa anak ke tempat lahir ibu;
• Ibu murtad/keluar agama islam;
• Ibu cuai atau menganiayai anak dalam jagaannya.

Siapa yang bertanggungjawab bayar upah penjagaan anak?
BAPA, kerana walaupun bapa dan ibu telah bercerai hubungan antara bapa dan anak tidak terputus dan masih berterusan.
Bapa bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada anak walaupun ibu yang jaga anak.
Oleh itu,upah penjagaan anak adalah adalah merupakan sebahagian daripada nafkah.

Bila anak boleh tentukan penjaganya?
Apabila anak mencapai umur mumaiyiz,(boleh bezakan antara baik dan buruk)
Umur mumaiyiz bagi:-
• Anak lelaki-7 tahun
• Anak perempuan-9 tahun

Apa itu hak penjagaan sementara?
Penjagaan yang diperintahkan oleh mahkamah sebelum keputusan siapa yang berhak mendapat hadhanah.penjagaan ini diberikan kepada sama ada ibu,bapa atau orang lain yang mempunyai pertalian dengan si anak.
Siapa yang dapat hadhanah ke atas anak yang tak sama taraf?
Anak tak sah taraf ialah anak yang lahir tanpa ikatan perkahwinan yang sah di antara ibu dan bapanya.
Kebiasaannya, ibu kepada anak tersebut secara automatiknya mendapatkan hadhanah.
Melainkan jika bapa kepada anak itu mahukan hadhanah maka mahkamah akan tentukannya.

Siapakah yang akan berhak dapatkan hadhanah selain daripada ibu?
Mengikut keutamaan;-
1. Nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;
2. Bapa;
3. Nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;
4. Kakak atau adik perempuan yang seibu sebapa;
5. Kakak atau adik perempuan seibu;
6. Kakak atau adik perempuan sebapa;
7. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan yang seibu sebapa;
8. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan yang sebapa;
9. Anak perempuan dari kakak atau perempuan yang seibu;
10. Emak saudara sebelah ibu;
11. Emak saudara sebelah bapa;
12. Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau residuary.

Setting Up Legal Firm

Thinking of setting up your own law firm?

The first thing you have to do is:-

1. take a pen or pencil;
2. take a piece of paper or more;
3. write your intention and make it as your paperwork (Kertas kerja)

What should have in your paperwork?

1. your firm’s name;
2. place to be operated;
3. date of commencement;
4. what are the procedures or steps to be taken;
5. any other information which can be a guideline for you to carry on with this intention; and the important thing is
6. what should be the cost for the above.

  • Dengan doa & tawakkal, teruskan bermula dengan plan di atas.