Power of Attorney / Surat Kuasa Wakil

 

PENDAFTARAN SURAT KUASA WAKIL

(1)APAKAH SURAT KUASA WAKIL?
Surat kuasa wakil ialah dokumen atau instrument pelantikan wakil kuasa oleh pemberi kuasa kepada penerima kuasa untuk sesuatu tujuan tertentu.

Pemberian kuasa boleh dibuat secara am atau secara khursus dengan kuasa yang diberikan sama ada kuasa boleh batal atau kuasa tidak boleh batal mengikut keperluan keadaan masing-masing.
Pelantikan wakil kuasa/penerima kuasa perlu di nyatakan degan jelas di dalam dokumen surat kuasa wakil.

(2)SIAPAKAH YANG BOLEH MENDAFTAR DOKUMEN SURAT KUASA WAKIL?

Sama ada pemberi kuasa atau penerima kuasa mendaftar sendiri atau diwakili oleh peguam dalam urusan mendaftar sendiri atau diwakili oleh peguam dalam urusan pendaftaran dengan mengemukakan permohonan pendaftaran dokumen tersebut di kaunter pejabat pendaftaran surat kuasa wakil, Mahkamah Tinggi Malaya kuala lumpur atau di mana mana pejabat pendaftaran mahkamah tinggi di seluruh semenanjung Malaysia.

(3)BAGAIMANA MENDAFTAR DOKUMEN SURAT KUASA WAKIL?

(1)Dua (2) set dokumen surat kuasa wakil perlulah disediakan:
a)satu (1) salinan asal dokumen surat kuasa wakil (untuk simpanan sendiri) ; dan
b)satu (1) salinanpendua dokumen surat kuasa wakil (untuk difailkan dan diserahkan ke mahkamah).

(2)Penurunan tandatangan pemberi kuasa mestilah disaksikan oleh pihak-pihak berikut:
(a)Di semenanjung Malaysia;
• Majistret;
• Jaksa Pendamai;
• Pentadbir tanah;
• Notari Awam;
• Pesuruhjaya Sumpah;
• Peguambela dan Peguamcara;atau
• Pegawai bagi syarikat yang menjalankan tugas-tugas bank yang berdaftar di bawah undang-undang bertulis di semenanjung Malaysia.

Dokumen surat kuasa wakil yang disempurnakan oleh saksi-saksi diatas mestilah dalam borang yang diperuntukkan dalam Akta surat kuasa wakil 1949 seperti berikut:
• BORANG I-Format pengesahan untuk individu.
• BORANG II-Format pengesahan untuk syarikat.

(b)Di luar semenanjung Malaysia:
• Notari Awam;
• Pesuruhjaya Sumpah;
• Mana-mana Hakim;
• Majisteret;
• Konsul British atau Naib-Konsul British;
• Wakil kepada Baginda Ratu Britain;
• Konsul Malaysia;
• Bagi dokumen yang disempurnakan di Ara Saudi,oleh Pesuruhjaya Ziarah Malaysia.
• Bagi dokumen yang disempurnakan di Singapura,oleh peguambela dan peguamcara mahkamah agong Singapura;atau
• Bagi dokumen yang disempurnakan di Singapura,oleh pegawai bagi syarikat yang menjalankan tugas-tugas bank di Republik Singapura dan diperbadankan menurut mana-mana undang-undang bertulis Republik itu.

Akta surat kuasa wakil 1949 tidak memperuntukan format khas yang perlu di ikuti, tetapi suatu bentuk pengesahan penyaksian oleh saksi-saksi di atas perlulah disertakan.

(4)BAGAIMANA UNTUK MENDAFTARKAN DOKUMEN PEMBATALAN SURAT KUASA WAKIL?

1)Dokumen-dokumen yang perlu disediakan:
Satu (1) dokumen pembatalan surat kuasa wakil yang asal (untuk simpanan sendiri);dan
Satu dokumen pembatalan surat kuasa wakil pendua (untuk difailkan dan diserahkan ke mahkamah);dan
Dokumen surat kuasa wakil yang asal yang telah didaftarkan di mahakamah tinggi Malaya.

2)Setiap dokumen surat kuasa wakil yang telah didaftarkan akan terus berkuatkuasa sehinggalah:
• Notis pembatalan yang telah difailkan,diterima daripada pihak pemberi kuasa;atau
• Notis pelepasan yang telah difailkan,diterima daripada pihak penerima kuasa;atau
• Pemberi kuasa atau penerima kuasa telah meninggal dunia;atau
• Penerima kuasa telah diisytiharkan sebagai tidak siuman;atau
• Pemberi kuasa telah diisytiharkan sebagai tidak siuman;atau
• Pemberi kuasa telah diisytiharkan bankrap

5)APAKAH BAHASA YANG HARUS DIGUNAKAN?
a)Dokumen surat kuasa wakikl yang hendak didaftarkan mestilah dibuat sama ada di dalam bahasa Malaysia atau bahasa inggeris.
b)Terjemahan hendaklah dilakukan jika surat kuasa wakil itu adalah selain bahasa Malaysia atau Inggeris.Terjemahan yang disertakan mestilah:

• Disahkan oleh jurubahasa yang bertugas di mahkamah;atau
• Terjemahan dibuat oleh mereka yang berkelayakan untuk menterjemah dan disertakan sekali surat akuan berkanun (Statutory Declaration) daripada penterjemah berkelayakan tersebut.

6)BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN UNTUK PENDAFTARAN DOKUMEN SURAT KUASA WAKIL DAN DOKUMEN PEMBATALAN SURAT KUASA WAKIL?

Pendaftaran dokumen surat kuasa wakil:
PENDAFTARAN RM 25
DEPOSIT RM 10
SETIAP HELAIAN SEBELUM BAHAGIAN PENYEMPURNAAN RM 2

Pendaftaran dokumen pembatalan surat kuasa wakil:
PENDAFTARAN RM 10
SETIAP BAHAGIAN SEBELUM BAHAGIAN PENYEMPURNAAN RM 2

*NOTA: Setiap dokumen surat kuasa wakil yang telah disempurnakan mestilah disetem terlebih dahulu di pejabat Duti Setem sebelum dikemukakan untuk pendaftaran di Mahkamah Tinggi.

*Akta surat kuasa wakil 1949 tidak terpakai di Sabah dan Sarawak.

Sumber: Bar Council Malaysia

Nafkah dan Hadhanah

• Nafkah Orang Islam
• Hadhanah

NAFKAH ORG ISLAM
1. Apa itu nafkah ?
-Belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib atas seseorang untuk membiayainya.Contoh ; tempat tinggal, perubatan, pendidikan dll.
2. Sebab-sebab wajibnya nafkah?
• Perkahwinan
-Suami memberi nafkah kepada isteri termasuklah makan, pakai, tempat tinggal, keselamatan (nafkah zahir) dan nafkah batin.
• Keturunan
-bapa memberi nafkah kepada anak.
-sekiranya bapa tiada, maka ibu yang wajib memberi nafkah kepada anaknya.
-bagi anak luar nikah, ibu yang wajib memberi nafkah kepada anaknya.

3. Sebab-sebab nafkah tidak diberikan
-Apabila si isteri memgingkari suruhan suami atau nusyuz seperti:-
• Apabila isteri menjauhkan dirinya atau enggan disetubuhi oleh suaminya tanpa sebab yang munasabah;
• Apabila isteri meninggalkan rumah suaminya tanpa seba-sebab munasabah;
• Apabila isteri enggan berpindah bersama suaminya ke suatu tempat lain.

4. Bagaimana nak tafsir nafkah isteri dan anak?
-Bergantung kepada keupayaan dan pendapatan suami atau ayah, tetapi mahkamah syariah ada budi bicaranya untuk tafsirkan di mana mahkamah ambil kira faktor-faktor:
• Pendapatan dan keupayaan mencari pendapatan
• Keperluan iseri dan anak
• Umur anak
• Kesihatan anak dan isteri
• Tanggungan suami atau bapa.dll.

5. Bila nafkah tamat atau berhenti diberikan?

• Apabila kematian berlaku sama ada pemberi nafkah atau penerima nafkah;
• Apabila isteri nusyuz;
• Apabila tamat tempoh iddah talaq rajie’e;
• Apabila anak lelaki baligh dan pandai berdikari;
• Apabila anak perempuan telah berkahwin;
• Tetapi berdasarkan keadaan semasa, apabila anak-anak telah tamat pengajian dan mendapat kerja atau boleh berdikari dengan sendirinya;
• Si pemberi nafkah tidak mampu lagi atau hilang upaya kerana sakit yang tidak boleh diubati,dll.

6. Boleh atau tidak boleh nafkah diubah atau dipinda?
BOLEH, apabila terdapatnya perubahan dalam perbelanjaan si penerima nafkah dan si pemberi nafkah.
7. Apakah sebab-sebab nafkah diubah atau dipinda?

• Pendapatan bulanan suami atau bapa berubah;
• Harta yang dimiliki oleh suami atau bapa berubah menjadi sedikit atau bertambah;
• Tanggungan dan hutang piutang suami atau bapa bertambah atau berkurangan;
• Status perbelanjaan;dan
• Bukti-bukti tentang keperluan-keperluan isteri dan anak

HADHANAH
Apa itu hadhanah?
-Hak penjagaan anak yang masih kecil yang tidak boleh menguruskan dirinya sendiri selepas ibu dan bapanya bercerai/berpisah.
Siapa yang berhak dapat hadhanah?
-ibu kepada anak kecil
Tempoh hadhanah bagi ibu?
-Hadhanah berterusan sehingga anak kecil tadi mencapai umur mumaiyiz (dapat membezakan baik dan buruk)
Siapa yang menentukan hadhanah?
-Mahkamah syariah
Bagaimana mahkamah boleh berikan hadhanah?
-Berdasarkan beberapa perkara;-
• Kebajikan anak;
• Kemahiran ibu/bapa dalam menjaga anak
• Keinginan/kemahuan/kecenderungan anak untuk pilih tinggal bersama ibu atau bapa;
• Kesesuaian dan kesempurnaan yang diberikan/ditunjukkan oleh ibu atau bapa;
• Taraf hidup ibu atau bapa-jika ibu bekerja sebagai GRO maka mahkamah akan batalkan hadhanah dan memberikan kepada bapa;
• Sekiranya mahkamah berpendapat bahawa ibu atau bapa tidak sesuai untuk diberikan hadhanah,maka mahkamah boleh beri hadhanah kepada penjaga yang lain yang mana mahkamah fikirkan sesuai.
Apakah syarat-syarat hadhanah?
• Keadaan tempat tinggal dan pendidikan;
• Meletakkan anak di bawah kawalan/jagaan orang lain sebelum hadhanah diberikan kepada orang yang layak.
• Tempoh masa melawat yang diberikan kepada bapa atau ibu yang tidak diberikan hadhanah, mestilah munasabah;
• Mahkamah akan tentukan masa dan berapa kerap kepada ibu atau bapa yang tidak diberikan hadhanah untuk berjumpa anak tersebut.

Syarat-syarat yang membolehkan hadhanah diberikan.
1. Islam;
2. Baligh;
3. Umur yang melayakkan ia memberi anak dibawah jagaan itu kasih sayang dan pendidikan yang sempurna;
4. Kelakuan baik dari segi akhlak dan islamiah;
5. Tempat tinggal yang selamat-bebas dari unsur-unsur ganas atau pengaruh tidak baik yang boleh merosakkan akhlak islamiah anak tersebut.

Apakah sebabnya hadhanah kepada ibu tunggal/gugur?
• Jika ibu berkahwin dengan lelaki lain yang bukan muhrim dengan anaknya;
• Jika ibu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;
• Jika ibu menukar permaustautinnya dengan tujuan untuk mencegah bapa melawat anak kecuali ibu membawa anak ke tempat lahir ibu;
• Ibu murtad/keluar agama islam;
• Ibu cuai atau menganiayai anak dalam jagaannya.

Siapa yang bertanggungjawab bayar upah penjagaan anak?
BAPA, kerana walaupun bapa dan ibu telah bercerai hubungan antara bapa dan anak tidak terputus dan masih berterusan.
Bapa bertanggungjawab untuk memberi nafkah kepada anak walaupun ibu yang jaga anak.
Oleh itu,upah penjagaan anak adalah adalah merupakan sebahagian daripada nafkah.

Bila anak boleh tentukan penjaganya?
Apabila anak mencapai umur mumaiyiz,(boleh bezakan antara baik dan buruk)
Umur mumaiyiz bagi:-
• Anak lelaki-7 tahun
• Anak perempuan-9 tahun

Apa itu hak penjagaan sementara?
Penjagaan yang diperintahkan oleh mahkamah sebelum keputusan siapa yang berhak mendapat hadhanah.penjagaan ini diberikan kepada sama ada ibu,bapa atau orang lain yang mempunyai pertalian dengan si anak.
Siapa yang dapat hadhanah ke atas anak yang tak sama taraf?
Anak tak sah taraf ialah anak yang lahir tanpa ikatan perkahwinan yang sah di antara ibu dan bapanya.
Kebiasaannya, ibu kepada anak tersebut secara automatiknya mendapatkan hadhanah.
Melainkan jika bapa kepada anak itu mahukan hadhanah maka mahkamah akan tentukannya.

Siapakah yang akan berhak dapatkan hadhanah selain daripada ibu?
Mengikut keutamaan;-
1. Nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;
2. Bapa;
3. Nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;
4. Kakak atau adik perempuan yang seibu sebapa;
5. Kakak atau adik perempuan seibu;
6. Kakak atau adik perempuan sebapa;
7. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan yang seibu sebapa;
8. Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan yang sebapa;
9. Anak perempuan dari kakak atau perempuan yang seibu;
10. Emak saudara sebelah ibu;
11. Emak saudara sebelah bapa;
12. Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau residuary.

Pentadbiran Harta Pusaka

Apa itu harta pusaka?
-Merupakan harta peninggalan si mati termasuk lah harta alih dan harta tak alih.
Apa itu harta alih?
-Merupakan harta yang boleh dialih dari satu tempat ke satu tempat yang lain, contohnya: kereta, perabot, rumah, duit, pakaian dan lain-lain.
Apa itu harta tak alih?
-Merupakan harta yang tidak boleh alih atau kekal di tempatnya contoh: rumah, tanah, sawah, bendang, telaga, dan lain-lain.

Apa bezanya harta pusaka berwasiat dan harta pusaka tidak berwasiat?
Harta pusaka berwasiat: si mati meninggalkan harta dengan membuat wasiat bahawa hartanya itu akan dibahagikan kepada orang-orang yang telah si mati tentukan dan hartanya juga telah dikenalpasti sebelum si mati meninggal dunia.
Di dalam agama islam, si mati hanya boleh mewasiatkan harta tidak lebih dari 1/3 dari hartanya juga telah dikenalpasti sebelum si mati meniggal dunia.
Bagi orang bukan islam (non muslim), wasiat yang dibuat adalah sah walaupun kesemua hartanya diberikan kepada orang yang bukan warisnya selagi ia tidak bercanggah dengan peruntukan di dalam akta pentadbiran harta pusaka dan ia tidak di cabar oleh waris si mati.
Harta pusaka tanpa berwasiat: si mati meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat atau tidak membuat wasiat atau tidak sempat menyediakan wasiatnya.

Apa itu harta pusaka kecil?
Harta alih atau tak alih yang bernilai tidak melebihi RM 600,000.00 misalnya:

1. Tanah sahaja<600,000.00
2. Tanah dan rumah<600,000.00
3. Tanah dan rumah dengan harta alih seperti motokar,wang tunai,barang kemas<600,000.00
Apa itu harta pusaka biasa?
1. Harta alih sahaja bernilai lebih kurang RM 600,000.00 contoh wang simpanan, saham, tunai dan barang kemas;
2. Harta tak alih misalnya tanah bernilai lebih RM 600,000.00;
3. Tuntutan kontigensi di bawah akta undang-undang sivil 1956.
Apa itu ‘PROBET’?
Ia merupakan tindakan untuk memperakukan dan mengesahkan sesuatu wasiat yang di tinggalkan oleh si mati, tujuan probet adalah untuk memberi pengiktirafan kepada sesuatu wasiat yang sah di sisi undang-undang.

MATI MENINGGALKAN HARTA PUSAKA

1. Hartas pusaka kecil dan tanpa wasiat-nilai harta alih tidak>rm 600,000.00 semuanya

Pejabat penyelesaian pusaka kecil pejabat tanah

• Ada pertikaian
• Tiada pertikaian

BICARA
• Penyelesaian => pembahagian
• Rayuan

2. Harta pusaka biasa berwasiat atau tanpa wasiat-harta alih sahaja tanpa kira nilai harta jika harta alih dan tak alih >rm 600,000.00

Mahkamah tinggi/majistret sbg.pen.pendaftar kanan

• Ada pertikaian
• Tiada pertiakaian

BICARA

KEPUTUSAN

• Selesai
• Rayuan

Maklumat/dokumen yang penting semasa membuat permohonan untuk pentadbiran harta pusaka.
• Surat perakuan kematian/pengisytiharan mahkamah,
• Senarai waris-waris si mati- nama, no.k.p, tali persaudaraan(menurut surat faraid bagi orang islam) dan alamat.
• Senarai harta pusaka dan nilaiannya / jumlahnya:
1. tunai, wang simpanan, saham, barang-barang kemas;
2. gaji, pencen, kwsp, insurans nyawa;
3. tuntutan di bawah akta undang-undang sivil 1956(seksyen 7 & 8); dan
4. butir tanah & rumah, kenderaan bermotor ( no. Geran,mukim,lot,jenis rumah.)
• Senarai hutang si mati(yang diketahui)
1. Belanja urusan jenazah, keranda, bayaran kubur, bayaran untuk membakar jenazah,dll.(disokong dengan resit).
2. Hutang-piutang sah seperti baki pinjaman kenderaan, sewa beli, pinjaman kenderaan, kes-kes sivil, dsb, nama-nama si piutang.
• Surat wasiat(jika ada)
• Surat faraid(bagi orang islam sahaja)
• Sijil nikah bagi janda, balu, sijil kelahiran bagi waris yang tidak layak memohon kad pengenalan

AMANAH RAYA BERHAD.

Apakah prosedur untuk memohon pentadbiran terus (summary administration) di Amanah Raya Berhad?

1. Ketua pegawai eksekutif dibenarkan mentadbir harta pusaka yang mempunyai harta alih yang tidak melebihi RM 600,000.00 di bawah seksyen 17 akta perbadanan amanah raya 1995 tanpa surat pentadbiran daripada mahkamah tinggi atau pejabat tanah daerah.ini di buat sekiranya tiada apa-apa permohonan dibuat oleh man-mana pihak lain.

2. Waris-waris atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepentingan dalam harta pusaka simati yang tidak melebihi RM 600,000.00 dalam bentuk harta alih sahaja boleh memohon kepada amanah raya berhad untuk menjadi pemegang kuasa.

3. Waris-waris hanya perlu mengisi dan mengemukakan borang permohonan dengan maklumat yang lengkap dan dokumen-dokumen yang membuktikan kematian si mati.

4. Sebaik sahaja permohonan diterima, amanah raya berhad akan memprosesnya dengan mengeluarkan satu pengisytiharan bagi mentadbir harta pusaka tersebut.

5. Amanah raya berhad diberi kuasa untuk menghasilkan aset-aset yang berkenaan bagi tujuan pembahagian.

6. Setelah menjelaskan bayaran duti pusaka (bagi kes-kes kematian sebelum 1 november 1991 sahaja) hutang pusaka dan menolak fee bagi amanah raya berhad, baki aset akan dibahagikan menurut faraid (bagi orang islam), Akta pembahagian(bagi orang bukan islam) atau secara persetujuan antara waris-waris yang berkenaan.

7. Peruntukan undang-undang ini (seksyen 17 akta perbadanan amanah raya 1995) adalah sangat berkesan bagi kes-kes tuntutan kemalangan maut jalanraya di mana waris-waris si mati bercadang mengambil tindakan di bawah seksyen 7 dan 8 akta undang-undang sivil 1956.

PROSES PERMOHONAN UNTUK PENTADBIRAN DAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL
• Mengumpul maklumat penting
• Pemohon mengisi dan menfailkan borang A di pejabat tanah
• Permohonan diproses oleh pejabat tanah-borang B diisi dan dikirimkan kepada pendaftar mahkamah tinggi.
• Penyiasatan dijalankan oleh pegawai penempatan/penghulu dsb.
• Sijil faraid diperolehi daripada majlis agama islam atau kadi.
• Pengesahan daripada pendaftaran pusat mahkamah tinggi-borang C
• Notis perbicaraan oleh pegawai penyelesaian-borang D
• Perbicaraan oleh pegawai penyelesaian pusaka kecil
• Perintah pembahagian-borang E,F
• Bantahan atau kaveat-borang N
• Tempoh rayuan 14 hari daripada tarikh perintah
• Rayuan 14 hari daripada tarikh perintah
• Rayuan ke mahkamah tinggi(borang K2,K1,K3)
• Keputusan rayuan
• Pendaftaran perintah di pejabat tanah.

sumber : Bar Council Malaysia