Janji Mulut

Perjanjian lisan

Masih ramai yang mengamalkan budaya janji lisan atau oral agreement atau kontrak secara lisan. Kalau dahulu, ‘janji mulut’ adalah perkara biasa kerana kepercayaan yang diberikan oleh pihak-pihak sangat kuat. Amanah yg diberikan dipegang dgn kuat. Bagaimana pula dgn keadaan sekarang? Perjanjian berlisan ini masihkah bole di amalkan? Tepuk dada tengoklah situasi dan keadaan.

Masih ramai diperdayakan oleh pihak2 tertentu dek kepercayaan yang diberikan.


Kesannya pihak yang berhak telah hilang haknya.

Apa yang penting untuk elakkan situasi begini? Jika antara kita berhasrat utk memberi janji, berniat untuk mengamanahkan seseorang dan/atau memasuki kontrak/perjanjian, pastikan:

1. tuliskan janji / kontrak / amanah walaupun atas sekeping kertas;
2. Tandatangani kontrak / janji tersebut:
3. Pastikan ada saksi;
4. Simpan dgn baik dan sesalinan disimpan dgn orang yg dipercayai.

Tindakan di atas bukan bermaksud oral agreement ini tidak bole diguna pakai dan juga tidak sah.

Malah, kontrak lisan ini disahkan dalam akta kontrak. Tetapi untuk mengelakkan dari kemaslahatan / kesukaran yg akan berlaku, tidak salah kita berjaga-jaga.

Antara keburukan janji lisan:
1. Hanya pihak2 yang membuat janji sahaja yg mengetahui dan boleh buktikan kewujudannya, bagaimana jika salah seorang telah meninggal?
2. Keturunan atau ahli keluarga akan bersengketa kerana tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku antara ibubapa dan datuk moyang mereka;
3.kemungkinan untuk mendapatkan hak kita semakin tipis kecuali bukti lain yg diperolehi kuat;

Serta banyak lagi keburukan yang tidak dinyatakan di sini.

Tetapi ada juga perjanjian walaupun bertulis, masih tidak menjaga hak2 pihak2, kenapa?

1. Kerana tidak memahami kesan dan akibat apa yg ditulis;
2. Apa yang ditulis / subject matter tidak sama dan tidak lengkap sebagaimana dijanjikan.

Untuk elakkan, baca dahulu dan fahami apa yg akan di tandatangani.

Power of Attorney / Surat Kuasa Wakil

 

PENDAFTARAN SURAT KUASA WAKIL

(1)APAKAH SURAT KUASA WAKIL?
Surat kuasa wakil ialah dokumen atau instrument pelantikan wakil kuasa oleh pemberi kuasa kepada penerima kuasa untuk sesuatu tujuan tertentu.

Pemberian kuasa boleh dibuat secara am atau secara khursus dengan kuasa yang diberikan sama ada kuasa boleh batal atau kuasa tidak boleh batal mengikut keperluan keadaan masing-masing.
Pelantikan wakil kuasa/penerima kuasa perlu di nyatakan degan jelas di dalam dokumen surat kuasa wakil.

(2)SIAPAKAH YANG BOLEH MENDAFTAR DOKUMEN SURAT KUASA WAKIL?

Sama ada pemberi kuasa atau penerima kuasa mendaftar sendiri atau diwakili oleh peguam dalam urusan mendaftar sendiri atau diwakili oleh peguam dalam urusan pendaftaran dengan mengemukakan permohonan pendaftaran dokumen tersebut di kaunter pejabat pendaftaran surat kuasa wakil, Mahkamah Tinggi Malaya kuala lumpur atau di mana mana pejabat pendaftaran mahkamah tinggi di seluruh semenanjung Malaysia.

(3)BAGAIMANA MENDAFTAR DOKUMEN SURAT KUASA WAKIL?

(1)Dua (2) set dokumen surat kuasa wakil perlulah disediakan:
a)satu (1) salinan asal dokumen surat kuasa wakil (untuk simpanan sendiri) ; dan
b)satu (1) salinanpendua dokumen surat kuasa wakil (untuk difailkan dan diserahkan ke mahkamah).

(2)Penurunan tandatangan pemberi kuasa mestilah disaksikan oleh pihak-pihak berikut:
(a)Di semenanjung Malaysia;
• Majistret;
• Jaksa Pendamai;
• Pentadbir tanah;
• Notari Awam;
• Pesuruhjaya Sumpah;
• Peguambela dan Peguamcara;atau
• Pegawai bagi syarikat yang menjalankan tugas-tugas bank yang berdaftar di bawah undang-undang bertulis di semenanjung Malaysia.

Dokumen surat kuasa wakil yang disempurnakan oleh saksi-saksi diatas mestilah dalam borang yang diperuntukkan dalam Akta surat kuasa wakil 1949 seperti berikut:
• BORANG I-Format pengesahan untuk individu.
• BORANG II-Format pengesahan untuk syarikat.

(b)Di luar semenanjung Malaysia:
• Notari Awam;
• Pesuruhjaya Sumpah;
• Mana-mana Hakim;
• Majisteret;
• Konsul British atau Naib-Konsul British;
• Wakil kepada Baginda Ratu Britain;
• Konsul Malaysia;
• Bagi dokumen yang disempurnakan di Ara Saudi,oleh Pesuruhjaya Ziarah Malaysia.
• Bagi dokumen yang disempurnakan di Singapura,oleh peguambela dan peguamcara mahkamah agong Singapura;atau
• Bagi dokumen yang disempurnakan di Singapura,oleh pegawai bagi syarikat yang menjalankan tugas-tugas bank di Republik Singapura dan diperbadankan menurut mana-mana undang-undang bertulis Republik itu.

Akta surat kuasa wakil 1949 tidak memperuntukan format khas yang perlu di ikuti, tetapi suatu bentuk pengesahan penyaksian oleh saksi-saksi di atas perlulah disertakan.

(4)BAGAIMANA UNTUK MENDAFTARKAN DOKUMEN PEMBATALAN SURAT KUASA WAKIL?

1)Dokumen-dokumen yang perlu disediakan:
Satu (1) dokumen pembatalan surat kuasa wakil yang asal (untuk simpanan sendiri);dan
Satu dokumen pembatalan surat kuasa wakil pendua (untuk difailkan dan diserahkan ke mahkamah);dan
Dokumen surat kuasa wakil yang asal yang telah didaftarkan di mahakamah tinggi Malaya.

2)Setiap dokumen surat kuasa wakil yang telah didaftarkan akan terus berkuatkuasa sehinggalah:
• Notis pembatalan yang telah difailkan,diterima daripada pihak pemberi kuasa;atau
• Notis pelepasan yang telah difailkan,diterima daripada pihak penerima kuasa;atau
• Pemberi kuasa atau penerima kuasa telah meninggal dunia;atau
• Penerima kuasa telah diisytiharkan sebagai tidak siuman;atau
• Pemberi kuasa telah diisytiharkan sebagai tidak siuman;atau
• Pemberi kuasa telah diisytiharkan bankrap

5)APAKAH BAHASA YANG HARUS DIGUNAKAN?
a)Dokumen surat kuasa wakikl yang hendak didaftarkan mestilah dibuat sama ada di dalam bahasa Malaysia atau bahasa inggeris.
b)Terjemahan hendaklah dilakukan jika surat kuasa wakil itu adalah selain bahasa Malaysia atau Inggeris.Terjemahan yang disertakan mestilah:

• Disahkan oleh jurubahasa yang bertugas di mahkamah;atau
• Terjemahan dibuat oleh mereka yang berkelayakan untuk menterjemah dan disertakan sekali surat akuan berkanun (Statutory Declaration) daripada penterjemah berkelayakan tersebut.

6)BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN UNTUK PENDAFTARAN DOKUMEN SURAT KUASA WAKIL DAN DOKUMEN PEMBATALAN SURAT KUASA WAKIL?

Pendaftaran dokumen surat kuasa wakil:
PENDAFTARAN RM 25
DEPOSIT RM 10
SETIAP HELAIAN SEBELUM BAHAGIAN PENYEMPURNAAN RM 2

Pendaftaran dokumen pembatalan surat kuasa wakil:
PENDAFTARAN RM 10
SETIAP BAHAGIAN SEBELUM BAHAGIAN PENYEMPURNAAN RM 2

*NOTA: Setiap dokumen surat kuasa wakil yang telah disempurnakan mestilah disetem terlebih dahulu di pejabat Duti Setem sebelum dikemukakan untuk pendaftaran di Mahkamah Tinggi.

*Akta surat kuasa wakil 1949 tidak terpakai di Sabah dan Sarawak.

Sumber: Bar Council Malaysia